Walau ramai orang berada di situ. Disekelilingi diriku namun hanya dia yang mampu mendekati aku. Seorang yang susah untuk didekati dan bergaul itulah sikapku. Seandainya rasa selesa mula hadir perkataan 'sukar didekati' mula hilang dari kamus hidupku buat kamu. Seorang yang ku sangka akan aku rapat hanya sebagai kawan kini menjadi insan yang dianggap kakak kepada diri ini. Aku lebih selesa ketika dia ada disampingku walau tidak disedarinya. Walaupun perkenalan kita tidak lebih dari dua tahun namun itu sudah cukup membuatkan kita selesa diantara satu sama lain. Banyak memori tercipta sepanjang tempoh perkenalan ini dan membuatkan aku rasa dia tersangat istimewa buat aku. Banyak perkara telah ku pelajari dari dia. Tak pernah terfikir yang kita akan rapat sehingga perkataan rindu itu boleh tercipta. Tapi kerana sesuatu terjadi disekeliling kita menyebabkan aku membuat keputusan tanpa berbincang dengan sesiapa mahupun dia. Telah aku kongsikan di tajuk 'Sukar'. Apa pun ya...
Sukar. Satu perkataan yang susah untuk aku terjemahkan. Bagi aku itu adalah sesuatu yang susah untuk aku lakukan. Ye betul, setiap orang ada masalah tersendiri yang dia hadapi dan cara tersendiri untuk selesaikan. Tapi bagi aku, apa yang berlaku disekeliling cukup untuk membuatkan aku melakukan keputusan ini. Semua orang ada pilihan masing-masing untuk tentukan jalan kehidupan yang ingin dilalui tapi bila kita sendiri tahu yang jalan yang kita lalui iaitu salah dan akan menyakitkan diri kita kenapa kita perlu lalui jalan yang sama sedangkan kita boleh pilih jalan yang lain. Beberapa hari sebelum aku buat kata putus, aku fikir banyak perkara sebab aku bukanlah dari keluarga yang senang. Aku ada banyak benda yang perlu aku tanggung jadi untuk lakukan keputusan itu amat sukar bagi aku tapi bila mana aku ada ibu dan ayah yang memahami dan aku cerita semuanya yang berlaku dan mereka sendiri bersetuju dengan keputusan yang aku lakukan. Ye betul semuanya berlaku ada hikmahnya. Aku tidak menya...