Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Sekadar Persinggahan

Ada perkara telah berlaku pada satu hari. Salah seorang kawanku tetiba dia menangis tanpa aku tahu sebab sebenarnya. Aku dan kawanku yang lain senyap dan tidak mampu berkata apa-apa. Wallahi niat aku pada saat itu hanya untuk membantu sekadar yang aku mampu tapi perbuatan aku disalah anggap. Tanpa sedar hubungan kami makin lama makin renggang. Masing-masing mula menyalahkan orang lain tanpa fikir kesalahan sendiri. Pada masa yang sama aku cukup terasa, sakit hati dan sedih. Pada pendapat aku masa itu, mungkin adanya kesalahan dari pihak aku. Dari pihak aku dan dia sendiri kami cuba selesaikan dengan cara yang baik tapi kami berdua tidak dapat mencapai kata sepakat. Jadi pendapat aku, mungkin dengan perpisahan itu adalah jalan yang terbaik bagi kami berdua. Ada 1001 sebab kenapa perkara ini terjadi dan berlaku, mungkin dia hanyalah sekadar persinggahan. Sejujurnya aku tidak menyalahkan dia. Aku berterima kasih sebab dia pernah hadir dalam diri aku sebagai seorang kawan yang ada disaat a...

Sambung Belajar

Masa aku kerja sambilan di Tesco aku berkawan dengan seseorang yang juga memohon sambung belajar di KUIS. Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. aku diterima. Wallahi Tuhan je tahu betapa risaunya aku nak masuk ke KUIS.  Aku takut tak dapat menyesuaikan diri, dipulaukan dan seumpamanya. Aku daftarkan diri di KUIS, Bangi ditemani ibu dan ayah. Ibu hantar sampai depan pintu dewan untuk daftar dan ambil kunci bilik. Secara jujurnya, aku sedikit takut dan risau sebab aku lakukan semuanya sendiri. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali. Selesai semua urusan di dewan aku diberi resit dan kunci bilik. Takut nak masuk asrama sebab ini pertama kali aku akan berjauhan dari keluarga. Ibu tolong angkat beg-beg untuk dibawa ke dalam bilik. Ayah hanya menunggu dibawah sebab ni asrama perempuan.  Aku nampak muka ibu dan ayah bahagia bila aku dapat sambung belajar dan kebetulan tempat belajar aku tidak jauh dari rumah tapi dalam masa yang sama mereka bimbang sebab kami tidak per...

Memori

Pada mulanya, aku tak tahu erti ikatan perkenalan dan rasa rindu. Namun buat pertama kalinya aku merasakan perasaan itu. Sejak 9 tahun, kita berkenalan terlalu banyak yang kita telah harungi, tapi itu membuatkan kita semakin rapat dari hari ke hari. Terlalu banyak yang telah kau ajar kepada aku dan itu membuatkan aku lebih terbuka. Sepanjang kita berkenalan membuatkan kita lebih memahami antara satu sama lain. Aku ingat lagi kau pernah cakap dekat aku ' jangan simpan rahsia, sentiasa berhubung dan sentiasa ingat satu sama lain '. Namun aku tak tahu selepas 5 tahun, kita mula berselisih faham, mungkin kerana kita dah mula menjauh. Mulai saat itu, aku belajar erti pentingnya kepercayaan dan memahami. Aku tak tahu mungkin juga ada salah yang datang daripada aku yang membuatkan kau menjauhkan diri. Saat ini kau mungkin merasakan aku mempunyai kawan yang lain yang lebih penting berbanding kau tapi itu hanya tekaan kau. Hanya disebabkan itu kita mula membawa haluan masing-m...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum,😊. Saya Nur Husna. Awak mungkin  mengenali saya dan mungkin juga awak tidak mengenali saya,siapa pun saya pada awak, selamat berkenalan😉. Sejujurnya saya tidak tahu sejauh mana perjalanan blog ni tapi saya akan berkongsi memori, kisah, perasaan dan harap saya memberikan kesan positiv. Ini semuanya mengenai perjalanan kisah saya,😇.