Walau ramai orang berada di situ. Disekelilingi diriku namun hanya dia yang mampu mendekati aku. Seorang yang susah untuk didekati dan bergaul itulah sikapku. Seandainya rasa selesa mula hadir perkataan 'sukar didekati' mula hilang dari kamus hidupku buat kamu. Seorang yang ku sangka akan aku rapat hanya sebagai kawan kini menjadi insan yang dianggap kakak kepada diri ini. Aku lebih selesa ketika dia ada disampingku walau tidak disedarinya. Walaupun perkenalan kita tidak lebih dari dua tahun namun itu sudah cukup membuatkan kita selesa diantara satu sama lain. Banyak memori tercipta sepanjang tempoh perkenalan ini dan membuatkan aku rasa dia tersangat istimewa buat aku. Banyak perkara telah ku pelajari dari dia. Tak pernah terfikir yang kita akan rapat sehingga perkataan rindu itu boleh tercipta. Tapi kerana sesuatu terjadi disekeliling kita menyebabkan aku membuat keputusan tanpa berbincang dengan sesiapa mahupun dia. Telah aku kongsikan di tajuk 'Sukar'. Apa pun ya...
" Jika Allah S.W.T. berikan apa yang kita cintai, Maka lakukanlah apa yang Dia sukai "