Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Permulaan Baru

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. aku dapat sesuatu yang sudah lama aku tunggu. Saat pertama kali aku mencuba, aku gagal. Wallahi Tuhan je tahu betapa sedihnya aku bila dapat tahu aku gagal. Mulanya aku kecewa dengan keputusan yang aku terima, sehingga aku mengurungkan diri di dalam bilik. Namun aku percaya setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya dikemudian hari. Jadi aku pulihkan semangat aku dengan kata-kata dorongan dari orang yang mengenali aku.  Diberi peluang kedua membuatkan aku bertekad untuk lulus. Secara jujurnya, aku masih takut dan risau jika aku mengulangi kesilapan yang sama. Bila tibanya saat itu, alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sekali. Selesai semua urusan, tahap risau aku terus bertukar gembira bila dapat tahu yang aku lulus. Lega. Syukur! Dari kisah ini, apa yang saya ingin kongsikan walaupun awak gagal dalam apa sahaja yang awak lakukan, percayalah setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Tak semestinya awak gagal sekali, awak akan gagal selam...

Kesedaran

Aku daftarkan diri untuk belajar kereta. Dalam hati risau dan takut dapat pengajar yang tak dapat nak bergaul dengan aku. Masa dalam kereta sambil dia mengajar dia minta aku kenalkan diri. Aku bagitahu serba sedikit tentang diri aku. Habis je aku perkenalkan diri, sempat dia tanya aku belajar dimana, aku pun jawab "KUIS". Aku memang seorang yang pendiam dengan orang yang aku baru kenal. Bila dia tanya aku akan jawab tapi bila dia diam aku hanya diam. Buat pertama kalinya aku dapat soalan yang tak pernah aku terfikir akan ditanyakan oleh seseorang yang baru aku kenal. Antara soalan yang masih aku ingat sampai sekarang "apa maksud solat?".  Bagi korang mungkin soalan ni nampak mudah tapi cuba kita tanya diri kita apa jawapan untuk soalan tu. Kadang-kadang soalan yang nampak mudah itulah sebenarnya kita tak mampu nak jawab. Contoh soalan lain "kenapa Allah S.W.T. ciptakan kita di atas muka bumi ini?". Pada pendapat aku jawapan untuk soalan tu, dia tahu ...