Skip to main content

Kesedaran

Aku daftarkan diri untuk belajar kereta. Dalam hati risau dan takut dapat pengajar yang tak dapat nak bergaul dengan aku. Masa dalam kereta sambil dia mengajar dia minta aku kenalkan diri. Aku bagitahu serba sedikit tentang diri aku. Habis je aku perkenalkan diri, sempat dia tanya aku belajar dimana, aku pun jawab "KUIS".

Aku memang seorang yang pendiam dengan orang yang aku baru kenal. Bila dia tanya aku akan jawab tapi bila dia diam aku hanya diam. Buat pertama kalinya aku dapat soalan yang tak pernah aku terfikir akan ditanyakan oleh seseorang yang baru aku kenal. Antara soalan yang masih aku ingat sampai sekarang "apa maksud solat?". 

Bagi korang mungkin soalan ni nampak mudah tapi cuba kita tanya diri kita apa jawapan untuk soalan tu. Kadang-kadang soalan yang nampak mudah itulah sebenarnya kita tak mampu nak jawab. Contoh soalan lain "kenapa Allah S.W.T. ciptakan kita di atas muka bumi ini?".

Pada pendapat aku jawapan untuk soalan tu, dia tahu tapi mungkin dia cuma nak mintak pandangan dari aku tapi dari riak muka, Aku tau jawapan aku tak memadai.

                   


Comments

Popular posts from this blog

Perkenalan

Siapa lah aku untuk meminta lelaki idaman yang aku inginkan tapi setiap dari kita mempunyai perwatakan yang kita inginkan begitu juga aku. Perkenalan yang tidak disangka terjadi tanpa disedari telah membuatkan diri ini lebih mengenali satu sama lain. Datangnya dia tanpa aku sedar. Hari demi hari dia bertanya khabar tentang aku yang bukan sesiapa kepadanya. Hingga sampai satu masa aku teringin untuk mengenali dia dengan lebih dalam lagi. Tembok yang aku pernah bina mula roboh sedikit demi sedikit hanya kerana dia. Tapi jauh di sudut hati, perasaan takut masih menyelubungi diri ini. Takut andai kata dia mula berubah dari seorang yang istimewa kepada seorang yang biasa. Mungkin kerana perkenalan yang seketika membuatkan aku tidak memahami dia sepenuhnya. Dia baru aku kenali namun aku tahu perasaan aku kepadanya jelas.   Jika dibandingkan dengan insan lain aku ini jauh bezanya. Jauh di sudut hati aku mengaharapkan dia mampu menerima aku seikhlasnya.  Dan aku mengharapkan inilah re...

Bidang Baru

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. aku sudah dapat kerja. Aku dah kerja dalam 5 bulan lebih macam tu dan niat aku hanya untuk membantu keluarga. Sejujurnya aku sedikit takut dan risau sebab ia jauh dari bidang aku. Saat pertama kali aku cuba biasakan diri dengan suasana itu, Wallahi Tuhan je tahu betapa sukarnya aku nak faham semuanya. Aku selalu melakukan kesilapan dan kesilapan lagi. Dekat hati ni pernah terdetik "susahnya nak faham dan ingat semuanya ni,", "kenapa aku tak boleh buat dengan betul," "ada je salah aku buat,". Dari hari ke hari semangat aku mula berkurang, walaupun aku cuba buat yang terbaik, tapi di kemudian hari ada je salah yang aku buat. Aku kecewa dengan diri sendiri sebab aku tak dapat buat dengan baik macam orang lain. Sebab boleh dikatakan dalam seminggu tu mesti nama aku disebut sebab ada buat salah. Sepanjang 5 bulan ni, aku belajar banyak perkara dan aku mula faham dan ingat sikit demi sikit walaupun aku mengambil masa un...

Takkan Sama

Walau ramai orang berada di situ. Disekelilingi diriku namun hanya dia yang mampu mendekati aku. Seorang yang susah untuk didekati dan bergaul itulah sikapku. Seandainya rasa selesa mula hadir perkataan 'sukar didekati' mula hilang dari kamus hidupku buat kamu.  Seorang yang ku sangka akan aku rapat hanya sebagai kawan kini menjadi insan yang dianggap kakak kepada diri ini. Aku lebih selesa ketika dia ada disampingku walau tidak disedarinya. Walaupun perkenalan kita tidak lebih dari dua tahun namun itu sudah cukup membuatkan kita selesa diantara satu sama lain.  Banyak memori tercipta sepanjang tempoh perkenalan ini dan membuatkan aku rasa dia tersangat istimewa buat aku. Banyak perkara telah ku pelajari dari dia. Tak pernah terfikir yang kita akan rapat sehingga perkataan rindu itu boleh tercipta. Tapi kerana sesuatu terjadi disekeliling kita menyebabkan aku membuat keputusan tanpa berbincang dengan sesiapa mahupun dia. Telah aku kongsikan di tajuk 'Sukar'.  Apa pun ya...