Saat perkataan itu aku dengar, air mata aku mula menitis sikit demi sikit dan cuba menidakkan perkara itu berlaku tapi keputusan ada di depan mata dan ia benar-benar berlaku. Perasaan aku pada saat itu adalah " putus asa " dan yang ada dalam fikiran aku hanyalah perkara-perkara negatif sahaja. Hampir setiap malam aku menangis memikirkan macam mana aku nak teruskan kehidupan dengan keadaan aku yang begini. Tapi bila mana aku dikelilingi orang-orang yang sayangkan aku, aku sentiasa menerima kata-kata semangat dari mereka semua. Walaupun bila mereka tengok keadaan aku, riak muka meraka seakan-seakan tak sama dengan percakapan mereka tapi aku hanya percaya akan kata-kata mereka. Dari hari ke hari aku cuba belajar redha dan terima dengan hati yang terbuka walaupun ia adalah sesuatu yang sukar. Saat itu aku mula sedar Allah S.W.T. beri kita ujian bukan nak lihat kita sedih tapi Dia nak lihat kita bangkit, sujud dan minta pertolongan daripadaNya. Sentiasa muhasabah diri. Kit...
" Jika Allah S.W.T. berikan apa yang kita cintai, Maka lakukanlah apa yang Dia sukai "