Saat perkataan itu aku dengar, air mata aku mula menitis sikit demi sikit dan cuba menidakkan perkara itu berlaku tapi keputusan ada di depan mata dan ia benar-benar berlaku.
Perasaan aku pada saat itu adalah " putus asa " dan yang ada dalam fikiran aku hanyalah perkara-perkara negatif sahaja. Hampir setiap malam aku menangis memikirkan macam mana aku nak teruskan kehidupan dengan keadaan aku yang begini.
Tapi bila mana aku dikelilingi orang-orang yang sayangkan aku, aku sentiasa menerima kata-kata semangat dari mereka semua. Walaupun bila mereka tengok keadaan aku, riak muka meraka seakan-seakan tak sama dengan percakapan mereka tapi aku hanya percaya akan kata-kata mereka.
Dari hari ke hari aku cuba belajar redha dan terima dengan hati yang terbuka walaupun ia adalah sesuatu yang sukar. Saat itu aku mula sedar Allah S.W.T. beri kita ujian bukan nak lihat kita sedih tapi Dia nak lihat kita bangkit, sujud dan minta pertolongan daripadaNya.
Sentiasa muhasabah diri. Kita nampak macam Allah tarik nikmat tapi sebenarnya Allah masih lagi beri nikmat jadi janganlah hanya kerana Allah S.W.T. bagi satu ujian ni kita dah rasa seolah-olah hidup kita tak bermakna. Mungkin ini semua jadi ada hikmahnya.
" Tuhan takkan mengujimu lebih dari apa yang kau mampu "
p/s : Doakan saya dalam keadaan baik-baik sahaja 😉.
Comments
Post a Comment