Skip to main content

Memori

Pada mulanya, aku tak tahu erti ikatan perkenalan dan rasa rindu. Namun buat pertama kalinya aku merasakan perasaan itu. Sejak 9 tahun, kita berkenalan terlalu banyak yang kita telah harungi, tapi itu membuatkan kita semakin rapat dari hari ke hari.

Terlalu banyak yang telah kau ajar kepada aku dan itu membuatkan aku lebih terbuka. Sepanjang kita berkenalan membuatkan kita lebih memahami antara satu sama lain. Aku ingat lagi kau pernah cakap dekat aku ' jangan simpan rahsia, sentiasa berhubung dan sentiasa ingat satu sama lain '.

Namun aku tak tahu selepas 5 tahun, kita mula berselisih faham, mungkin kerana kita dah mula menjauh. Mulai saat itu, aku belajar erti pentingnya kepercayaan dan memahami. Aku tak tahu mungkin juga ada salah yang datang daripada aku yang membuatkan kau menjauhkan diri.

Saat ini kau mungkin merasakan aku mempunyai kawan yang lain yang lebih penting berbanding kau tapi itu hanya tekaan kau. Hanya disebabkan itu kita mula membawa haluan masing-masing. Hingga ke saat ini tiada lagi memori kita yang tercipta.

Sampai sekarang aku masih ingat pesanan kau.
' ingat!!! jangan bagi orang sakitkan kau "

Aku harap kau masih nak berkawan dengan aku...

Comments

Popular posts from this blog

Perkenalan

Siapa lah aku untuk meminta lelaki idaman yang aku inginkan tapi setiap dari kita mempunyai perwatakan yang kita inginkan begitu juga aku. Perkenalan yang tidak disangka terjadi tanpa disedari telah membuatkan diri ini lebih mengenali satu sama lain. Datangnya dia tanpa aku sedar. Hari demi hari dia bertanya khabar tentang aku yang bukan sesiapa kepadanya. Hingga sampai satu masa aku teringin untuk mengenali dia dengan lebih dalam lagi. Tembok yang aku pernah bina mula roboh sedikit demi sedikit hanya kerana dia. Tapi jauh di sudut hati, perasaan takut masih menyelubungi diri ini. Takut andai kata dia mula berubah dari seorang yang istimewa kepada seorang yang biasa. Mungkin kerana perkenalan yang seketika membuatkan aku tidak memahami dia sepenuhnya. Dia baru aku kenali namun aku tahu perasaan aku kepadanya jelas.   Jika dibandingkan dengan insan lain aku ini jauh bezanya. Jauh di sudut hati aku mengaharapkan dia mampu menerima aku seikhlasnya.  Dan aku mengharapkan inilah re...

Bidang Baru

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. aku sudah dapat kerja. Aku dah kerja dalam 5 bulan lebih macam tu dan niat aku hanya untuk membantu keluarga. Sejujurnya aku sedikit takut dan risau sebab ia jauh dari bidang aku. Saat pertama kali aku cuba biasakan diri dengan suasana itu, Wallahi Tuhan je tahu betapa sukarnya aku nak faham semuanya. Aku selalu melakukan kesilapan dan kesilapan lagi. Dekat hati ni pernah terdetik "susahnya nak faham dan ingat semuanya ni,", "kenapa aku tak boleh buat dengan betul," "ada je salah aku buat,". Dari hari ke hari semangat aku mula berkurang, walaupun aku cuba buat yang terbaik, tapi di kemudian hari ada je salah yang aku buat. Aku kecewa dengan diri sendiri sebab aku tak dapat buat dengan baik macam orang lain. Sebab boleh dikatakan dalam seminggu tu mesti nama aku disebut sebab ada buat salah. Sepanjang 5 bulan ni, aku belajar banyak perkara dan aku mula faham dan ingat sikit demi sikit walaupun aku mengambil masa un...

Takkan Sama

Walau ramai orang berada di situ. Disekelilingi diriku namun hanya dia yang mampu mendekati aku. Seorang yang susah untuk didekati dan bergaul itulah sikapku. Seandainya rasa selesa mula hadir perkataan 'sukar didekati' mula hilang dari kamus hidupku buat kamu.  Seorang yang ku sangka akan aku rapat hanya sebagai kawan kini menjadi insan yang dianggap kakak kepada diri ini. Aku lebih selesa ketika dia ada disampingku walau tidak disedarinya. Walaupun perkenalan kita tidak lebih dari dua tahun namun itu sudah cukup membuatkan kita selesa diantara satu sama lain.  Banyak memori tercipta sepanjang tempoh perkenalan ini dan membuatkan aku rasa dia tersangat istimewa buat aku. Banyak perkara telah ku pelajari dari dia. Tak pernah terfikir yang kita akan rapat sehingga perkataan rindu itu boleh tercipta. Tapi kerana sesuatu terjadi disekeliling kita menyebabkan aku membuat keputusan tanpa berbincang dengan sesiapa mahupun dia. Telah aku kongsikan di tajuk 'Sukar'.  Apa pun ya...