Pernah tak kita terfikir yang kita boleh solat berdiri itu adalah satu nikmat yang Allah S.W.T. bagi? Mesti pernahkan? atau korang tak pernah perasan?
Kadang-kadang kita tak sedar kita boleh berdiri, berjalan, bercakap adalah nikmat yang datangnya dari Allah S.W.T. untuk hambanya. Disekeliling kita penuh dengan nikmat yang Allah S.W.T. bagi cuma kita yang tak bersyukur dan berterima kasih kepadaNya.
Bila kita solat berdiri setiap hari ia akan jadi rutin biasa kita tapi bila mana Allah S.W.T. turunkan ujian yang membuatkan kita tidak mampu untuk solat berdiri. Di saat itu kau akan rindu untuk solat berdiri seperti orang lain. Kau akan sedar bertapa nikmatnya orang yang mampu solat berdiri.
Waktu subuh, masa tu dekat perhentian.
Memang ramai dalam tu, aku tak tahu kenapa tetiba aku ada satu perasaan yang sedih dan rasa macam diri ni kerdil sangat sebab aku tak mampu untuk solat berdiri dengan keadaan aku sekarang dan saat itu jauh disudut hati aku terfikir aku lain dari orang lain. Aku lihat sekeliling, ada orang lebih berusia masih mampu berdiri tapi aku nak berdiri pun tak mampu. Masa tu perasaan aku memang bercampur baur dan dengan orang sekeliling melihat aku, lagilah buat aku rasa sedih.
Ujian yang datang secara bersilih ganti. Ada masa ujian yang Allah S.W.T. berikan tu terasa senang untuk kita hadapi tetapi dalam banyak keadaan, ujian yang Allah S.W.T. berikan tu kita rasa terlalu berat untuk ditanggung hingga akhirnya kita mengeluh "kenapa aku?"
Allah S.W.T. dah beritahu bahawa kita semua diuji berdasarkan apa yang kita mampu. Ujian demi ujian yang kita lalui pasti buat kita lebih kuat dan mampu untuk hadapinya. Yakin di dalam hati dan sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T.
p/s : Doakan saya dalam keadaan baik-baik sahaja😉.
Comments
Post a Comment