Skip to main content

Sukar

Sukar. Satu perkataan yang susah untuk aku terjemahkan. Bagi aku itu adalah sesuatu yang susah untuk aku lakukan. Ye betul, setiap orang ada masalah tersendiri yang dia hadapi dan cara tersendiri untuk selesaikan. Tapi bagi aku, apa yang berlaku disekeliling cukup untuk membuatkan aku melakukan keputusan ini.

Semua orang ada pilihan masing-masing untuk tentukan jalan kehidupan yang ingin dilalui tapi bila kita sendiri tahu yang jalan yang kita lalui iaitu salah dan akan menyakitkan diri kita kenapa kita perlu lalui jalan yang sama sedangkan kita boleh pilih jalan yang lain.

Beberapa hari sebelum aku buat kata putus, aku fikir banyak perkara sebab aku bukanlah dari keluarga yang senang. Aku ada banyak benda yang perlu aku tanggung jadi untuk lakukan keputusan itu amat sukar bagi aku tapi bila mana aku ada ibu dan ayah yang memahami dan aku cerita semuanya yang berlaku dan mereka sendiri bersetuju dengan keputusan yang aku lakukan.

Ye betul semuanya berlaku ada hikmahnya. Aku tidak menyalahkan sesiapa dengan apa yang terjadi dan buat diri ini lebih berhati-hati. Apa yang aku rasa dan aku lalui tiada siapa yang tahu kecuali keluarga. 

Perkara yang terjadi buat aku berfikir panjang dan tak pernah tercapai dek akal yang aku akan lalui ini dan sampai satu tahap aku fikir '' wujud juga perkara macam ni? ''

Keputusan yang aku buat ini tak pernah terdetik rasa menyesal sikit pun cuma hanya perkataan '' rindu '' dengan orang sekeliling yang baik dengan aku. Sesetengah orang akan pertikai '' kenapa buat keputusan terburu-buru? '' '' dah dapat kerja lain ke? '' '' tak menyesal ke nanti? '' , mula-mula terdetik juga tapi bila mana ayah hanya cakap " tak pe kak jangan risau, rezeki Allah S.W.T. tu sentiasa ada " dan bila mana aku dengar terus segala kekusutan di kepala terus hilang.

Sejujurnya aku amat hargai dan gembira bila mana ada orang cakap '' usna, kau buat benda yang betul '', itu dah cukup buat aku kuat. Tak perlu tanya sebab dan kenapa aku buat semua itu sebab aku ada alasan aku sendiri dan aku rasa hanya aku je perlu tahu, cukup hanya sokong dan bagi semangat itu dah cukup bermakna.

p/s : Jangan risau dah terlalu fikir tentang perkara yang tidak patut 💪.                                                                                                                                                                                

                                                                                                                                                                                                                                          

                                                                                                             

                                                                      


 

Comments

Popular posts from this blog

Perkenalan

Siapa lah aku untuk meminta lelaki idaman yang aku inginkan tapi setiap dari kita mempunyai perwatakan yang kita inginkan begitu juga aku. Perkenalan yang tidak disangka terjadi tanpa disedari telah membuatkan diri ini lebih mengenali satu sama lain. Datangnya dia tanpa aku sedar. Hari demi hari dia bertanya khabar tentang aku yang bukan sesiapa kepadanya. Hingga sampai satu masa aku teringin untuk mengenali dia dengan lebih dalam lagi. Tembok yang aku pernah bina mula roboh sedikit demi sedikit hanya kerana dia. Tapi jauh di sudut hati, perasaan takut masih menyelubungi diri ini. Takut andai kata dia mula berubah dari seorang yang istimewa kepada seorang yang biasa. Mungkin kerana perkenalan yang seketika membuatkan aku tidak memahami dia sepenuhnya. Dia baru aku kenali namun aku tahu perasaan aku kepadanya jelas.   Jika dibandingkan dengan insan lain aku ini jauh bezanya. Jauh di sudut hati aku mengaharapkan dia mampu menerima aku seikhlasnya.  Dan aku mengharapkan inilah re...

Bidang Baru

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T. aku sudah dapat kerja. Aku dah kerja dalam 5 bulan lebih macam tu dan niat aku hanya untuk membantu keluarga. Sejujurnya aku sedikit takut dan risau sebab ia jauh dari bidang aku. Saat pertama kali aku cuba biasakan diri dengan suasana itu, Wallahi Tuhan je tahu betapa sukarnya aku nak faham semuanya. Aku selalu melakukan kesilapan dan kesilapan lagi. Dekat hati ni pernah terdetik "susahnya nak faham dan ingat semuanya ni,", "kenapa aku tak boleh buat dengan betul," "ada je salah aku buat,". Dari hari ke hari semangat aku mula berkurang, walaupun aku cuba buat yang terbaik, tapi di kemudian hari ada je salah yang aku buat. Aku kecewa dengan diri sendiri sebab aku tak dapat buat dengan baik macam orang lain. Sebab boleh dikatakan dalam seminggu tu mesti nama aku disebut sebab ada buat salah. Sepanjang 5 bulan ni, aku belajar banyak perkara dan aku mula faham dan ingat sikit demi sikit walaupun aku mengambil masa un...

Takkan Sama

Walau ramai orang berada di situ. Disekelilingi diriku namun hanya dia yang mampu mendekati aku. Seorang yang susah untuk didekati dan bergaul itulah sikapku. Seandainya rasa selesa mula hadir perkataan 'sukar didekati' mula hilang dari kamus hidupku buat kamu.  Seorang yang ku sangka akan aku rapat hanya sebagai kawan kini menjadi insan yang dianggap kakak kepada diri ini. Aku lebih selesa ketika dia ada disampingku walau tidak disedarinya. Walaupun perkenalan kita tidak lebih dari dua tahun namun itu sudah cukup membuatkan kita selesa diantara satu sama lain.  Banyak memori tercipta sepanjang tempoh perkenalan ini dan membuatkan aku rasa dia tersangat istimewa buat aku. Banyak perkara telah ku pelajari dari dia. Tak pernah terfikir yang kita akan rapat sehingga perkataan rindu itu boleh tercipta. Tapi kerana sesuatu terjadi disekeliling kita menyebabkan aku membuat keputusan tanpa berbincang dengan sesiapa mahupun dia. Telah aku kongsikan di tajuk 'Sukar'.  Apa pun ya...