Siapa lah aku untuk meminta lelaki idaman yang aku inginkan tapi setiap dari kita mempunyai perwatakan yang kita inginkan begitu juga aku.
Perkenalan yang tidak disangka terjadi tanpa disedari telah membuatkan diri ini lebih mengenali satu sama lain. Datangnya dia tanpa aku sedar. Hari demi hari dia bertanya khabar tentang aku yang bukan sesiapa kepadanya.
Hingga sampai satu masa aku teringin untuk mengenali dia dengan lebih dalam lagi. Tembok yang aku pernah bina mula roboh sedikit demi sedikit hanya kerana dia.
Tapi jauh di sudut hati, perasaan takut masih menyelubungi diri ini. Takut andai kata dia mula berubah dari seorang yang istimewa kepada seorang yang biasa.
Mungkin kerana perkenalan yang seketika membuatkan aku tidak memahami dia sepenuhnya. Dia baru aku kenali namun aku tahu perasaan aku kepadanya jelas.
Jika dibandingkan dengan insan lain aku ini jauh bezanya. Jauh di sudut hati aku mengaharapkan dia mampu menerima aku seikhlasnya.
Dan aku mengharapkan inilah realiti yang aku cari selama ini.
Mungkin dah tertulis,
ReplyDeleteSetiap perkenalan yang datang,
Mungkin kegembiraan yang hadir
Bawa yang tulus untuk kau coretkan lagi hidup yang dah tertulis.
Dia,kau yang mencorakkan perkenalan. Moga teruskan dalam ingatan.
💗
Delete